Satu,Dua,Tiga...
Thursday, February 7, 2019
EgO
Sedikit renungan untuk diri.
Ego adalah sifat iblis(Azazil), angkuh juga sifat iblis.Dikenali dengan nama Azazil atau al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama. Pernah menjadi Imam para Malaikat, dikenal juga sebagai Sayidul Malaikat (penghulu para malaikat) dan Khazinul Jannah (bendaharawan surga). Sifatnya sangat indah rupanya, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat.
Namun merasakan kejadiannya lebih mulia ilmunya lebih hebat, asbab sifat egonya, angkuh nya tidak mengakui ciptaan tuhan iaitu Adam. Dia dilaknat, mulanya menjadi sehodoh alam & dihalau keluar syurga.
Ego sebabnya... ego adalah penyebab sesuatu makhluk dari mulia ke kehinaan. From hero to zero.
Setiap manusia mempunyai ego sendiri, dari besar egonya hingga kecil egonya.
"Usah ego mengawal diri kita, sebaiknya kita yang mengawal ego"
Ego hampir dengan marah, buanglah marah itu.
Just let it go. "Senang citer..."
Tapi, adakah sesenang tu? ... Tak mungkin sesenang tu. Kadang kadang amarah dah kuasai diri. Nafsu "berperang" dengan iman. Masing masing berebut tempat untuk mendapatkan diri. Keputusan terpulang pada kita sama ada ingin membiarkan nafsu "memenangi" diri atau bagi peluang pada iman untuk "berjuang"
Mungkin kita merasa ego, marah kita tak mengganggu orang. Kita merasakan lebih baik begitu.
Tapi tahulah marah & ego itu adalah Acid dalam diri yang akan menghakis kekuatan dalam badan kita. Ubat nya adalah Alkali iaitu muhasabah diri. Apa yang berlaku semua adalah izin Nya...
"Memaaf itu susah tapi itulah ubat hati"
Adakah bisa kita menyalahkan yang lain tanpa melihat diri kita sendiri. Kita mengharapkan kasih tanpa kita memberi sayang, kita mengharapkan pertolongan tanpa kita menolong.
Apa yang kita beri, itu kita dapat.
Orang lain tak sempurna tapi begitu kita... Bukalah hati untuk mengasihi dan dikasihi.
Barulah kita saling melengkapi.